Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Rabu, 25 Ogos 2010

Kumpulan Tadarus Masjid Darussalam Puchong

Kumpulan Tadarus Dewasa 1

Kumpulan Tadarus Dewasa 2

Kumpulan Tadarus Remaja 1

Kumpulan Tadarus Remaja 2

Kumpulan Tadarus Kanak-Kanak 1

Kumpulan Tadarus Kanak-Kanak 2

Kumpulan Tadarus Kanak-Kanak 3

Kumpulan Tadarus Kanak-Kanak 4

Kumpulan Tadarus Remaja & Kanak-Kanak Perempuan

Ahad, 15 Ogos 2010

RUMAHKU SYURGAKU : KE ARAH MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

Muqadimah

Slogan “Rumahku Syurgaku : Baiti Jannati” indah diucap tetapi sukar untuk dikecap. Slogan ini sewajarnya menjadi ungkapan indah yang mencerminkan hakikat yang sewajarnya.

Rumahku Syurgaku Ciri dan Tuntutannya

Sejajar dengan sifatnya sebuah syurga, rumah seharusnya mempamirkan suatu persekitaran yang indah, bersih, selesa dan ceria. Anggotanya hidup penuh dengan suasana aman, damai dan bahagia ke arah mencari keindahan dan kemuliaan yang diberkati.

”Jika ada syurga di dunia, maka itulah keluarga yang harmonis.
Dan jika ada neraka di dunia, itu adalah keluarga yang runtuh.”

Sosiologis Jerman: Ivonne Bach.

Syurga dunia hanya dapat diwujudkan oleh pasangan lelaki dan wanita solehah, yang memahami betul kewajipan masing-masing untuk saling faham memahami, mengukuhkan kelebihan dan menutupi segala kekurangan masing-masing.

Dalam konteks rumah tangga, keikhlasan kita menerima pasangan seadanya adalah penting, baik dari segi fizikal, intelektual, ekonomi, keturunan dan sebagainya. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita bukan Muhammad SAW yang sempurna, Yusuf yang tampan, Umar Khattab yang gagah perkasa, Mush’ab Umair yang serta kecukupan, Salman Al-Farisi ahli strategi dan Abdul Rahman Auf yang ahli ibadah.

Pasangan kita pula bukan seperti Khadijah yang kaya raya, Aisyah yang cendikiawan, Fatimah yang tabah, Ratu Balkis yang jelita, Asma’ Yazid yang kritis dan cerdas, dan Habshah bt Umar yang ahli ibadah.

Pasangan kita adalah pakaian kita. Siapa pun tidak ingin pakaiannya kotor dan lusuh. Oleh itu Rasullullah menganjurkan kepada para pemuda lebih mengutamakan zatuddin (wanita solehah) untuk jadi pendamping hidupnya.

“Wanita perlu dinikahi kerana empat perkara; hartanya,
kecantikkannya, nasabnya, agamanya. Maka pilihlah yang
beragama (solehah) nescaya engkau akan bahagia”.
(HR Muttafaqun Alaih).

Kepada wanita pilihlah lelaki yang baik pemahaman agamanya, hatinya bertaut di rumah Allah, fikirannya tertumpu semangat memajukan Islam, mempunyai visi dan misi jelas dalam membangun keluarga, bertanggungjawab memberi naskah zahir batin dan berupaya mendidik dan mengajar ilmu.

Rumahku Syurgaku merupakan impian dan keinginan setiap insan. Untuk mendapatkannya, jadikanlah keluarga Rasullullah sebagai rujukan utama. Keluarga tersebut telah membuktikan kepada dunia hingga akhir zaman, bahawa tidak ada kebahagiaan dan ketenteraman yang melebihi keluarga sakinah, mawaddah, warahmah, yang terdiri dari lelaki yang soleh dan wanita yang solehah, yang menjadikan Islam sebagai sumber kekuatannya.

Rumah tangga adalah tempat berteduh bagi setiap individu dalam keluarga dari kesebukan di luar rumah tangga. Di dalamnya menjanjikan sejuta kedamaian dan kasih sayang yang harmonis. ‘Baiti Jannti’ adalah rumah yang di dalamnya ditemukan kedamaian, kasih sayang dan rahmat dari Ilahi (mardatilLah), umpama sebuah syurga di dunia.

Sepuluh Panduan Menyusun Rumah Tangga Islam

i. Kebersihan dan Kesucian
ii. Menyusun atur dalaman rumah sehingga menjadi indah dan selesa dipandang
iii. Adab Merendahkan suara, menjaga rahsia dan tidak bergaduh
iv. Mengatur hal-hal berkaitan dengan ilmu dan ibadah
v. Bersikap sederhana dalam makan, minum dan gaya hidup
vi. Menjalin hubungan baik dan adab bergaul.
vii. Menjaga kesihatan dan lahitan fizikal
viii. Melindungi rumah tangga dari akhlak, perilaku yang menyimpang serta menjauhkan mereka dari perkara yang haram, makruh dan membahayakan.
ix. Berbuat baik kepada tetangga, menghormati tetamu dan bersilaturrahim
x. Menjaga adab masuk dan keluar rumah.

Petikan: Panduan Menyusun Rumah Islami :
Said Hawwa.

Maksud Hadith:

“Empat perkara yang membahagiakan seseorang iaitu rumah yang baik, kenderaan yang baik, isteri solehah dan jiran yang baik”.

“Berbicaralah kamu kepada manusia menurut kadar akal
(kecerdasan) mereka masing-masing”
(Hadith : Riwayat Muslim)

Panduan Membangun Keluarga Islam

i. Solat Jamaah
ii. Mengatur program keluarga
iii. Isteri sentiasa memberi dorongan kepada suami
iv. Suami menghargai penat lelah isteri
v. Menginfakkan hidup pada jalan Allah dan bertawakkal
vi Mengurus masa dengan bijaksana
vii Mengutamakan perjuangan tanpa abaikan keluarga
viii Ikhlas, rajin, bijak dan berani
ix Mengajar anak-anak Al-Quran
x Meningkatkan pendidikan keluarga dan anak
xi Berusaha mencari rezeki yang halal.
xii Mesra dan berkasih sayang
xiii Bersedekah dan memberi sumbangan semampunya.
xiv Doa berpanjangan / berterusan.


“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu”
(Al-Mukmin: 60)


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu.”
(QS. 66:6)


“Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-
orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping
keimanan mereka (yang telah ada)…”.
(Al Fath : 4)

Penutup

Untuk menjadikan Impian Rumahku Syurgaku menjadi kenyataan setiap anggota keluarga perlu mengembleng tenaga untuk mencapainya. Dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakal yang berterusan kita berkeyakinan segala impian dan harapan akan menjadi kenyataan.


Susunan,
Mohd Musleh Yunos,
Nazir Masjid Darussalam Puchong.

Sabtu, 14 Ogos 2010

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1431H / 2010

  • Solat sunat tarawih
  • Tazkirah dan kuliah dhuha
  • Majlis berbuka puasa
  • Moreh
  • Tahlil Arwah
  • Tadarus Al-Quran
  • Qiamullail
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Memasak bubur lambuk


Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Darussalam mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-Mubarak semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk kita menunaikan ibadah berpuasa dan amalan-amalan sunat yang dituntut sepanjang bulan ramadhan. Mudah-mudahan amalan ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dan diterima Allah.

Nazir
Masjid Darussalam
Puchong.

Selasa, 10 Ogos 2010

Gotong Royong Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 1431 Hijrah pada 8 Ogos 2010


En Majumin(kiri-Bekas Imam), En Musleh(tengah-Nazir) & Ust Ikhsan(kanan-Bekas Nazir) sedang berbincang.

Ahli Qariah sedang membersih ruangan dalaman masjid.

Zuraimi(Imam1) sedang memcuci lantai tempat wuduk.

En Fateh (Setiusaha) sedang membersih penghawa dingin.

En Samsudin(belakang-Pengerusi biro keceriaan dan kebersihan) bersama ahli qariah sedang memcuci tempat wuduk.

En Samsudin(Pengerusi biro kebajikan) membawa kereta sorong.

Pn Maimunah(kiri-Pengerusi biro keraian), Pn Nor Faizah(kanan-AJK) & muslimat mengemas bahagian dapur.

En Aziz & En Khairi (Pengerusi & Setiausaha tugas2 khas) sedang membersih kipas.

Ahli qariah sedang menyediakan penutup langsir muslimat.

Ahli qariah membersih ruang solat muslimat.

Ahli qariah menjemur kipas selepas dicuci.

Ahli qariah sedang mencuci lantai ruang solat luar.

Ahli qariah sedang mencuci bilik kuliah.

Ahli qariah sedang mengemas laman hadapan.

Ahli qariah sedang membersih laman belakang.


Akhirnya.................. kami berehat.




Terima Kasih kepada semua yang terlibat.