Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Khamis, 4 Oktober 2012

Sabtu, 15 September 2012

PENYERTAAN KORBAN DIBUKA SEKARANG.

Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati. Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah

Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat. Hadis Riwayat al-Baihaqi.


Satu bahagian lembu ialah sebanyak RM 400.00


Untuk Maklumat Lanjut & Borang Penyertaan boleh mendapatkannya dari Pegawai & AJK Masjid, dipautan Borang Akad Korban 1433H atau menghubungi :

  1. En Abd Aziz Bin Othman 012-6412373

  2. En Fateh Mohamed Bin Jahn Muhammad 013-3434908

* Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Oktober 2012.

Selasa, 27 Mac 2012




Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Masjid Dan
Jawatankuasa Kariah Masjid Darussalam Puchong Bagi Sesi 2012 - 2015

Akan Diadakan Pada : 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm (Tarikh Akhir Pendaftaran 4 April 2012)

"Semua Anak Qariah Dijemput Hadir"

Isnin, 26 Mac 2012


Mesyuarat Agung Tahunan
Dan
Mesyuarat Khairat Kematian

Masjid Darussalam Puchong

Akan Diadakan Pada : 5 April 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 pm

"Semua Anak Qariah Dijemput Hadir"

Khamis, 23 Februari 2012

Daftar Ahli Kariah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Minta Perhatian, Ahli Kariah diminta menyemak senarai nama di Masjid Darussalam Puchong dan mendaftar diri jika nama tiada dalam senarai bagi mesyuarat akan datang. Terima Kasih.