Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Selasa, 26 Julai 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI


Dengan segala hormatnya Nazir, Pegawai dan Seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Darussalam Puchong menjemput Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Program Palestin Masjid Darussalam seperti berikut:

Tarikh: 29 Julai 2016, Jumaat
Masa: Selepas Maghrib
Alamat: Masjid Darussalam, Batu 13 1/2 Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor
7:30 malam – Solat Maghrib Berjemaah
7:45 malam – Kuliah Isu Terkini Palestin & Syria oleh YBhg Ustaz Muhd Farham Muhd Fadhil (NGO Aman Palestin) ~ Tabung Derma & Jualan Amal Disediakan
8:45 malam - Solat Isyak Berjemaah
9.00 malam – Jamuan Raya Aidil Fitri
10.00 malam – Bersurai
Moga dengan kehadiran Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik akan memeriahkan lagi majlis ini.

Sabtu, 2 Julai 2016

PROGRAM DAPUR MASJID

Bertempat di Kompleks Serbaguna Masjid Darussalam pada 2 Julai 2016, satu program masak memasak diadakan untuk kaum wanita. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyediaan masakan hari raya seperti serunding daging, sambal jawa, kerabu taugeh, kicap kerisik dan kuah kacang berdaging.

Peserta seramai 26 orang hadir sejak jam 8:30 pagi lagi. Chef yang mengajar cara penyediaan makanan tersebut adalah Nazir Masjid Darussalam, En Mohd Musleh bin Yunos. Tidak ramai yang mengetahui bahawa beliau mempunyai kepakaran dalam memasak makanan kenduri dalam skala besar. Di akhir program, setiap peserta akan membawa pulang setiap hidangan yang dimasak iaitu sebanyak lima (5) hidangan kesemuanya termasuk ketupat dan nasi impit untuk bekalan berbuka puasa nanti.

Program ini dirasmikan oleh Yang Dihormati Ketua Kampung, Tn Hj Sharif bin Hj Iskandar. Beliau berasa gembira dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak masjid iaitu yang julung-julung kali diadakan di kawasan Puchong dan berharap program sebegini dapat dicontohi oleh masjid-masjid lain.

Ketua Kg, Tn Hj Sharif diiringi oleh Nazir dan barisan jawatankuasa

Bahagian Dapur Kompleks Serbaguna MDSP dirasmikan oleh Ketua Kg

BAGUS

Chef sedang memulakan tugas. Peserta memberi tumpuan penuh

Penyediaan serunding daging

Kacau jangan tak kacau Tn Hj


Ketua Kg sempat meninjau ruang bilik yang siap di sebelah dapur
Dari kiri: Dr Latip, Ketua Kg, Nazir, En Ramly (Pengerusi Biro Teknikal), En Najib (Bendahari)

Timbalan Nazir tidak melepaskan peluang mengacau serunding

Kaum Wanita sedang sibuk menyediakan barang asas masakan

Ini bukan lakonan :) Tiga orang kuat Masjid Darussalam memang pandai menganyam ketupat. Orang jawa kesemuanya.

Memotong bawang

Sambil kerja sambil posing isteri Nazir (Pn Samiah) dan Ketua Biro Jenazah Wanita (Pn Norfaizah)
Gambar Tengah: Isteri Imam Azrul memotong bawang bersama ibunya. Imam harini jadi jurugambar separa profesional
Rempah Ratus yang telah siap diblender


Wakil Wanita Masjid Darussalam (Pn Zaini) sedang menggoreng kacang 

Dengar betul-betul. Banyak petua boleh belajar ni. :)
Kompleks Serbaguna yang hampir 92% siap

GAMBAR SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Alhamdulillah pada tahun ini, hampir 85 orang ahli kariah Masjid Darussalam telah menyertai Program Tadarus Al-Quran bersempena bulan Ramadan. Tadarus tersebut diadakan selepas solat sunat terawih dan diadakan hampir setiap malam. Bagi peserta tadarus lelaki dan wanita pula, tadarus al-quran diteruskan selepas subuh dan pada waktu pagi di dewan solat.

Pecahan Peserta Tadarus adalah seperti berikut:
1) Kanak-kanak Lelaki (7-12 tahun) : 16 orang
2) Remaja Lelaki (13-20 tahun) : 26 orang
3) Kanak-kanak & Remaja Perempuan : 18 orang
4) Lelaki Dewasa : 18 orang
5) Wanita Dewasa : 9 orang

Pihak Masjid Darussalam ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana kedatangan yang cemerlang iaitu melebihi 90%. Terima kasih juga kepada para pegawai, ahli jawatankuasa dan sukarelawan masjid yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini berlangsung,

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sharif selaku Ketua Kampung. Beliau juga dengan rasminya telah melancarkan Angkatan Remaja Masjid Darussalam. 

Majlis Khatam ini diketuai oleh Imam 1 Masjid Darussalam (Imam Huraimi Hamzah). 10 orang perserta lelaki & 9 orang peserta perempuan telah mengalunkan bacaan surah dari Juz Amma

Ahli kariah sedang khusyuk memberi tumpuan kepada bacaan para peserta. Tahniah diucapkan kerana memeriahkan lagi majlis ini.

Dr Latip selaku Pengerusi Majlis sedang memberikan ucapan

Angkatan Remaja Masjid Darussalam, bakal-bakal pemimpin masa hadapan
Pemberian saguhati kepada peserta tadarus remaja lelaki

Pemberian saguhati kepada peserta tadarus remaja perempuan

Tn Hj Sharif mengatakan sesuatu kepada Imam Terawih, Muhammad Muaz

Wakil Wanita Masjid Darussalam Pn Zaini dan grupnya yang membuat hidangan bubur lambuk setiap hujung minggu

Siak Abdullah Atan 

Sesi bersalaman

Gambar Kenangan Peserta Tadarus Kanak-kanak & Remaja Perempuan bersama Nazir, Ketua Kg dan Timbalan Nazir

Segak bergaya barisan Angkatan Remaja Masjid Darussalam

Muka-muka yang ceria. Semoga Allah memberikan kebahagian kepada mereka dunia & akhirat

Gambar dari kiri: Imam 2 (Imam Azrul), Setiausaha (En Mazlan), Nazir (En Mohd Musleh), Ketua Kg (Tn Hj Sharif), Imam Terawih Jemputan (Imam Muhammad Muaz & Imam Muhammad Hazim) dan Timbalan Nazir (Dr Latip Muhammad)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MASJID DARUSSALAM PUCHONG PADA 1 JULAI 2016 / 27 RAMADAN 1437H

TENTATIF PROGRAM

8:46 malam      Solat Isyak Berjemaah

9:10 malam      Solat Tarawih & Witir Berjemaah

9:45 malam:     Majlis Khatam Al-Quran

10:10 malam:   Kata-kata Aluan Oleh Nazir Masjid, Yg Berusaha En Mohd Musleh bin Yunos

10:20 malam:   Perasmian Majlis Khatam Quran & Pelancaran Angkatan Remaja Masjid Darussalam Oleh Ketua Kampung, Yg Dihormati Tuan Hj Mohd Sharif bin Hj Iskandar

10:40 malam:   Penyampaian Saguhati & Hadiah
                         i)  Tadarus Al-Quran Kanak-Kanak Lelaki
                        ii)   Tadarus Al-Quran Remaja Lelaki
                        iii)  Tadarus Al-Quran Remaja & Kanak-Kanak Perempuan
                        iv)   Tadarus Al-Quran Dewasa Lelaki
                        v)     Tadarus Al-Quran Dewasa Wanita
11.00 malam:   Sumbangan Kepada Anak Yatim (12 orang)

11.05 malam:   Penyampaian Hadiah & Penghargaan
                         i) Imam Terawih Jemputan
                        ii) Fasilitator Tadarus Al-Quran 
                       iii) Sukarelawan Lelaki  
                       iv) Sukarelawan Wanita                                                                       
                        v) Sumbangan Kepada Petugas Khas 

11.20 malam   Sumbangan Khas kepada Madarasah Azzikrul Hakim

11:30 malam   Jamuan & Bersurai