Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Isnin, 28 Januari 2019

KURSUS HAJI BERSIRI PERCUMA 2019/1440H.


Alhamdulillah pada tahun 2019 ini, Masjid Darussalam dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Cawangan Puchong) akan sekali lagi menganjurkan Kursus & Ceramah Haji secara percuma.

Kursus yang akan diadakan secara 17 siri ini telah bermula pada hari Sabtu, 24 November 2018 lalu dan dijangka berakhir pada 16 Mac 2019 dari jam 9:00 sehingga 11:00 pagi. Penceramah adalah Ustaz Nik Shahriman Bin Nik Mat untuk ceramah umum, Dr Tn Hj Abdullah bin Talib untuk ceramah kesihatan dan Ustazah Airna Azzeta untuk ceramah masalah wanita.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk menimba ilmu, sebagai bekal untuk mengerjakan umrah dan haji pada masa hadapan. Jamuan disediakan untuk peserta kursus.

Sukacita dimaklumkan, pada 2019 ini pihak Andalusia Travel akan menaja SEPENUHnya perbelanjaan 1 orang peserta dikalangan ahli kariah yang berkelayakan untuk menunaikan umrah pada awal ramadhan akan datang. Dengan berbesar hati pihak masjid darussalam diberi amanah untuk memilih calon yang layak bagi mengisi kekosongan tersebut.

Khamis, 24 Januari 2019

SASARAN KERJA TAHUNAN 2019

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.Terlebih dahulu Masjid Darussalam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019/1440H. Didoakan semoga semua dalam keadaan rahmat dan ampunan Allah SWT.

Sidang Pembaca sekalian,

Masjid Darussalam akan menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti sejajar dengan Sasaran Kerja Tahunan 2019 atau ringkasnya SKT2019 berlandaskan KPI yang dianjurkan oleh JAIS/MAIS. Program-program dan aktiviti-aktiviti ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat dan menjalinkan silaturrahim sesama muslim. Pihak masjid akan berusaha sedaya upaya menggembeling tenaga dan meningkatkan dayausaha untuk menjayakan wacana tersebut dengan dibarisi oleh ahli-ahli yang baru dilantik sesi 2019-2021. Di bawah adalah link untuk SKT2019.

Sasaran Kerja Tahunan 2019