Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Isnin, 18 Februari 2019

MAJLIS SANTAI BERSAMA PEGAWAI POLIS 2019

Assalamualaikum wrh wbrkt..

Para pembaca yang dihormati,

Alhamdulillah pada tanggal 16 Feb 2019, pegawai, ajk masjid dan beberapa ahli kariah telah dikunjungi oleh 5 orang pegawai polis dari IPD Serdang bertujuan merapatkan silaturrahmi di antara pihak polis dan pihak masjid. Perjumpaan yang berlangsung hampir 2 jam selepas solat isya tersebut membincangkan hal-hal yang berkaitan keselamatan dan cara-cara mengatasi masalah jenayah serta memperkenalkan aplikasi google store VSP dari pihak polis.


Antara isu-isu yang dibincangkan adalah:
  1. Kes-kes kecurian di masjid, penggunaan cctv dan langkah-langkah susulan yang perlu dilakukan pihak masjid.
  2. Kes pemalsuan identiti pegawai masjid menggunakan aplikasi whatsapp.
  3. Kes pecah rumah ketika musim perayaan.
  4. Penerangan tentang bahaya dadah, pendedahan dadah terbaru dan peralatannya. 
  5. Masalah lalulintas.
  6. Kes samun warga asing.
  7. Kes samun warga tempatan khususnya kaum wanita.
  8. Kerja-kerja polis yang bertanggungjawab ke atas kawasan-kawasan.

Dari kiri ASP Abg Zul (Ketua Unit Ronda), Insp.Fakrul (Bhg.Trafik), Insp.Hakq(Bhg.Narkotik), Koperal Awang Hamdanie Peg.Bertugas di kawasan masjid 

Pihak polis juga meminta kerjasama dari setiap individu dalam  masyarakat untuk bersama-sama membanteras jenayah di dalam kariah.

Akhir bicara dari pertemuan yang ringkas tersebut, nazir masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis kerana sudi berkunjung ke masjid dan berkongsi maklumat, pandangan, langkah-langkah pencegahan dan harapan beliau agar hubungan antara masjid dan polis akan menjadi lebih erat seperti sebuah keluarga.
         
Sila klik untuk link tutorial Aplikasi VSP di bawah:
                           
                        Aplikasi VSP