Pengumuman !
Jumaat, 27 Jun 2014
Selasa, 22 April 2014
Ahad, 6 April 2014
Program 7 Masjid : Pertandingan Mewarna & Memasak
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Memasak
Hasil Masakan
Penilaian
Penyampaian Hadiah
Urusetia dan Pemenang Pertandingan
Ahad, 23 Mac 2014
PROGRAM 7 MASJID : PERTANDINGAN MEWARNA, MEMASAK , TILAWAH, HAFAZAN AL-QURAN, KHUTBAH, AZAN DAN NASYID KARNIVAL ‘RASUL IN MY HEART’
PERTANDINGAN MEWARNA KARNIVAL ‘RASUL IN MY HEART’
TARIKH : 30 MAC 2014
TEMPAT : MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA
TEMA : MASJID KU
SYARAT DAN PERATURAN
1. Kategori peserta adalah seperti berikut;
Kategori A : 4 – 6 Tahun
Mewarna dengan menggunakan pensil warna
Masa : 1 Jam
Kategori B : 7 – 9 Tahun
Mewarna dengan menggunakan pensil warna
Masa: 1 jam
2. Peralatan mewarna dibawa sendiri oleh peserta.
3. Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak urus setia
4. Yuran Penyertaan Percuma
5. Peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan daripada individu lain semasa
pertandingan dijalankan dan sekiranya ia berlaku penyertaan tersebut akan
dibatalkan.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang pertanyaan dan bantahan
tidak akan dilayan.
7. Borang penyertaaan boleh diperolehi di Urus setia Karnival, Masjid As-Salam
Puchong Perdana atau di muat turun Borang Penyertaan di SINI
8. Borang penyertaan perlu diserahkan di kaunter urus setia Karnival di Masjid AsSalam Puchong
Perdana pada atau sebelum jam 5.00 petang 29 Mac 2014.
9. Sila hubungi urus setia di talian 019 2956011 untuk keterangan lanjut.
JADUAL PROGRAM
9.00 - 9.30 pagi Pendaftaran Peserta
9.30 - 10.30 pagi Pertandingan Mewarna Kategori A & B
10.30 - 11.30 pagi Pengiraan Markah Majlis
11.30 pagi Penyampaian Hadian
PERTANDINGAN MEMASAK KARNIVAL ‘RASUL IN MY HEART’
TEMA : MASAKAN SUNNAH
Resipi Masakan Tradisi
Ikan Air Tawar, kerabu Sayur Kampung dan Pencuci Mulut
1. Pengenalan :
Pertandingan ini dengan kerjasama Tujuh Masjid Puchong dengan Kerjasama
Telaga Biru Sdn. Bhd. untuk memupuk semangat siraturrahim dan kerjasama di
kalangan ahli kariah masjid dan komuniti setempat serta memupuk semangat
mencintai menu masakan tradisi masyarakat Islam di negara ini. minat pelajar
memilih elektif, khususnya dalam bidang berkaitan dengan masakan.
2. Objektif :
• memupuk minat suka memasak
• mencungkil bakat / kreativiti dikalangan remaja/ belia
• menjadikan bidang masakan sebagai satu kerjaya
• memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
• menimbulkan kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan
pemakanan seimbang dalam kehidupan
3. Penyertaan : Individu / Berpasangan (Dua orang Sahaja)
4. Set Hidangan
Persediaan hidangan seimbang dengan cara masakan tradisional.
i. Peserta perlu menyediakan 5 jenis masakan yang akan
dimasak/disediakan semasa pertandingan.
ii. Masakan yang dipilih (5 jenis) haruslah sepertiberikut:
• Masakan 1 – Sumber Karbohidrat (Nasi)
• Masakan 2 – Sumber Protein (Lauk)
• Masakan 3 – Sumber Vitamin (Sayur)
• Masakan 4 – Pencuci mulut (Dessert)
• Masakan 5 – Ulam (‘Appetizer’)
5. Syarat-syarat Pertandingan
i. Terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas
ii. Pertandingan secara individu / berpasangan (duaorang)
iii. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 30 minit
sebelum pertandingan bermula.
iv. Peserta berpakaian sesuai ( Apron dan penutup kepala)
v. Peralatan memasak, menghidang dan bahan mentah tidak
disediakan oleh pihak penganjur
vi. Pihak penganjur hanya menyediakan ‘portable stove’ dan gas
memasak sahaja.
vii. Penghakiman dibuat berdasarkan;
• Kebersihan - 15 markah
• Kreativiti - 20 markah
• Persembahan - 15 markah
• Kemasan - 10 markah
• Rasa - 40 markah
viii. Borang penyertaaan boleh diperolehi di Urus setia Karnival, Masjid AsSalam, Puchong Perdana atau di SINI
ix. Borang penyertaan perlu diserahkan di kaunter urus setia Karnibal di
Masjid Assalam Puchong Perdana pada atau sebelum jam 5.00 petang
29 Mac 2014.
x. Sila hubungi urus setia di talian 0192956011 untuk keterangan lanjut.
JADUAL PROGRAM
9.00 - 9.30 pagi Pendaftaran Peserta
9.30 - 10.30 pagi Pertandingan Memasak
10.30 - 11.30 pagi Pengiraan Markah
11.30 pagi Majlis Penyampaian Hadian
PERTANDINGAN TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN KARNIVAL ‘RASUL IN MY HEART’
SYARAT DAN PERATURAN
1. Terbuka kepada anak kariah dibawah pentadbiran 7 Masjid.dan warganegara
Malaysia
2. 2 Peringkat Umur :
a- Sekolah Rendah berumur 7-12 tahun
b- Sekolah Menengah berumur 13 – 17 tahun
3. Tarikh program
a. Saringan – Masjid Asy Syakirin pada 16.03.14 (Ahad mula 8.30 pagi)
b. Akhir – Masjid As Salam 29.03.14 (Sabtu mula 2.30 petang)
4. Ayat terpilih dari surah-surah Lazim
5. Terhad kepada 30 penyertaan untuk kategori tilawah & hafazan
6. Keputusan hakim adalah muktamad
7. Keterangan lanjut , sila hubungi Tn Hj Ustaz Mohd Kamal 013-3948504
8. Borang penyertaan boleh diserahkan kepada Urusetia Masjid Asy Syakirin
Puchong Utama ATAU kepada 7 masjid berhampiran (Masjid As Salam Puchong
Perdana, Masjid Istiqamah, Masjid Jamek Bt.14, Masjid Al-Husna, Masjid
Darussalam & Masjid Bandar bukit Puchong)
Borang Penyertaan di SINI
PERTANDINGAN KHUTBAH, AZAN DAN NASYID KARNIVAL ‘RASUL IN MY HEART’
SYARAT DAN PERATURAN
A. PERTANDINGAN KHUTBAH
1. Adalah Seorang Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada semua anak kariah kawasan Puchong.
3. Lelaki.
a. Kategori A: 12- 14 tahun
b. Kategori B: 15- 24 tahun
4. Berpakaian Sunnah atau Tradisional
5. Terhad kepada 50 penyertaan sahaja.
B. PERTANDINGAN AZAN
1. Adalah Seorang Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada semua anak kariah kawasan Puchong.
3. Lelaki.
a. Kategori A: 12- 14 tahun
b. Kategori B: 15- 24 tahun
4. Berpakaian Sunnah atau Tradisional.
5. Terhad kepada 50 penyertaan sahaja.
C. PERTANDINGAN NASYID
1. Ahli adalah Seorang Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada semua anak kariah kawasan Puchong.
3. Berkumpulan dan tidak melebihi 10 ahli
4. Kategori Lelaki atau Perempuan.
5. Kategori
a. Kategori A: 7 – 12 Tahun ( Lelaki atau perempuan)
b. Kategori B: 13- 18 Tahun (Lelaki atau perempuan)
6. Lagu adalah bertemakan Rasullullah
7. Penggunaan alat-alat muzik yang sesuai dibolehkan
8. Pakaian Traditional
9. Terhad kepada 30 peyertaan setiap kategori.
Borang Penyertaan di SINI
Peringkat Saringan
23 hb Mac 2013
Ahad 9:00pagi- 5:00 petang
Masjid Jamek Batu 14 Puchong.
Peringkat Akhir
28- 30hb Mac 2014
9:00pagi – 5:00 petang
Masjid As Salam Puchong Perdana
Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak urusetiapertandingan En. Zulkifli bin
Hasan (016-3448827).
Selasa, 11 Mac 2014
Ahad, 9 Mac 2014
Sabtu, 8 Mac 2014
Pengumuman : Pencerahan Minda, Makhluk Halus Menurut Al Quran dan Sunnah
Tempat : Masjid Darussalam Puchong
Tarikh : 9 Mac 2014
Masa : 8.00 Malam
Penceramah : Ustaz Abd Razak Mahadi
Selasa, 18 Februari 2014
Ahad, 16 Februari 2014
Langgan:
Catatan (Atom)