Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Isnin, 23 April 2018

CERAMAH ISRA' & MI'RAJ


Pada 23 April 2018, Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Dr Hj Zulkifli Al Bakri telah sudi  meluangkan masa untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kariah Masjid Darussalam bersempena dengan Maal Hijrah pada tahun ini.


YBhg Datuk Mufti sedang menyampaikan ceramah

Tn Hj Mohd Sharif Iskandar memberikan cenderahati kepada YBhg Datuk

Dari kiri: Imam Huraimi, En Mazlan (Setiausaha), Datuk Mufti, Ketua Kg, Imam Azrul dan En Najib (Bendahari)

Ketua Kg mengambil peluang mendapatkan tandatangan Datuk Mufti untuk buku beliau.

Jumaat, 20 April 2018

BILIK PENGURUSAN JENAZAH BARU

Pihak pengurusan Masjid Darussalam ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi Surau Darussalam (kini Masjid Darussalam) iaitu Tn Hj Ikhsan bin Kayat kerana telah sudi untuk menaja kos baikpulih dan pembangunan bilik jenazah masjid ini yang agak uzur. Beliau dan keluarganya juga berbesar hati menyumbang beberapa peralatan penting untuk pengurusan jenazah.

Kami berdoa semoga Allah SWT menerima amal jariah Tn Hj Ikhsan dan keluarga beliau. Semoga mendapat balasan baik yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT.

Satu sesi penyerahan secara rasmi telah diadakan di bilik jenazah dengan disaksikan oleh para jemaah Masjid Darussalam.

Tuan Nazir menerima penyerahan wakaf daripada Tn Hj Ikhsan
Bilik jenazah dicat baru, pintu keluar masuk yang lebih besar dipasang dan ditambahkan longkang kecil dan kipas dinding


Tempat mengkafan dan memandikan jenazah