Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Rabu, 20 November 2019

Majlis Sambutan Maulidurrasul Masjid Darussalam Puchong 2019

                             بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dengan bangganya Masjid Darussalam Puchong telah mengadakan majlis sambutan Maulidurrasul pada 17 November 2019 bersamaan 20 Rabiulawal 1441H. Dengan dihadiri seramai hampir 250org terdiri dari kalangan peringkat kanak-kanak, remaja, belia, dan juga dewasa. 

          Jutaan terima kasih kepada Penghulu Mukim 1 En.Asyraf, nazir2 masjid berhampiran, Nazir Masjid bt 14, Nazir Masjid bt 12, Nazir Masjid Assyakirin, Pengurus Masjid Assalam, Nazir Masjid Bdr Bkt Puchong, Nazir Masjid Baitul Amin, Nazir Masjid Al Istiqomah, Pengerusi Surau Babul Jannah dan kontijen, Pengerusi Surau Annur Taqwa dan kontijen, Pengetua Sekolah dan kontijen juga tidak lupa juga kepada anak2 dr Tabika Kemas Darul Ilmiah dan pengerusi, bersama-sama menyeri dan menjayakan majlis sambutan.

      Antara acara yang menarik ialah perarakan mengelilingi taman perumahan berdekatan, pameran herba yang diusahakan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang antaranya air wuduk dikitar semula bagi tujuan tanaman herba dan juga tanaman yang lain.Pameran tersebut telah dirasmikan oleh yang berbahagia Tok Penghulu En.Asyraf.
       
       Majlis diserikan lagi dengan persembahan berzanji oleh angkatan remaja masjid dan marhaban oleh kumpulan marhaban darussalam. Seterusnya disajikan dengan siraman ilmu yakni ceramah maulidurrasul serentak dengan acara untuk kanak-kanak, iaitu pertandingan mewarna, tulisan khat dan peraduan teka silangkata.


            Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk kanak-kanak yang menyertai pertandingan, dan bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis para hadirin juga dihidangkan dengan acara cabutan bertuah. Akhir kata dari nazir, pegawai dan ajk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis sambutan tersebut.



Sepanduk Masjid Darussalam Puchong.

Penghulu En.Asyraf turut sama dalam perarakan.

Diketuai oleh Penghulu, penduduk setempat berarak sekitar kawasan.

Mula perarakan adalah dari Masjid.

Kontijen dari Surau Annur Taqwa.

Penduduk setempat berarak.

Dari pandangan sudut atas, jalan ditutup bagi membolehkan perarakan dilaksanakan.




Kontijen comel Tabika Kemas.

Antara tetamu yang hadir dipermulaan acara persembahan.

Persembahan anak2 Tabika Kemas.

Para tetamu memenuhi perkarangan masjid.

Angkatan Remaja masjid dan kumpulan Marhaban
Perasmian Lestari Alam.
Penghulu mengambil beberapa helai daun untuk proses cincau hijau.

Penerangan tentang proses cincau hijau.

Penerangan tentang proses cincau hijau.

Laluan ke Pameran Lestari Alam.

Lawatan ke pameran Lestari Alam oleh vip.

Penghulu sedang menikmati minuman herba yang dihasilkan.
Antara pertandingan yang dijalankan, mewarna, teka silangkata dan tulisan khat.

Peserta pertandingan_1.

Peserta pertandingan_2.

Peserta pertandingan_3.

Antara persiapan sebelum majlis.

Persiapan penyediaan makanan.

Persiapan hadiah pertandingan.

Persiapan latarbelakang dan pentas.

Persiapan penyediaan makanan.

Persiapan peralatan pameran Lestari Alam.

Rabu, 3 April 2019

CERAMAH ISRA' MI'RAJ

                       بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sidang pembaca yang di kasihi Allah sekalian,

Alhamdulillah wassolatu 'ala rasulillah, kita telah sampai ke bulan sya'ban yang mulia sekali lagi dan insyaallah pihak Masjid Darussalam akan mengadakan Ceramah Perdana sempena Isra' Mi'raj 1440. Penceramah adalah AF Ustaz Mohd Yusof Hasan mantan Pegawai Kanan JAKIM, ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir bagi menghangatkan lagi ketibaan Bulan Ramadhan. 

Isnin, 18 Mac 2019

CERAMAH HAJI DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS HAJI BERSIRI 2018/2019


                           بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sidang pembaca yang di kasihi Allah sekalian,






      Alhamdulillah buat kesekian kalinya, pihak masjid Darussalam telah mengadakan Majlis Ceramah Haji dan Penyampaian Sijil Kursus Haji sempena tamat kursus haji bagi sesi 2018/2019 yang berlangsung pada 16 Mac 2019 baru ini dengan kerjasama Andalusia Travel and Tours Cawangan Puchong.
       Majlis berlangsung penuh kemeriahan diserikan lagi dengan kehadiran Dato Daud Bin Che Ngah, memberi ceramah haji dan majlis bermula jam 9.00am dan tamat pada jam 2.00pm.
     Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Andalusia Travel and Tours menjadikan Masjid Darussalam sebagai masjid angkat dan sebagai pusat maklumat ibadah Haji serta masjid pilihan untuk mengadakan kursus haji di masa akan datang.
       Pihak masjid juga berterima kasih atas sumbangan 2 ekor kambing oleh penyumbang dan kepada semua ajk masjid yang terlibat.