Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Rabu, 8 September 2010

Majlis Khatam AL-Quran, Sumbangan Cenderamata dan Saguhati peserta tadarus, AJK lama & baru serta sukarelawan.

Wakil dari peserta tadarus lelaki dan wanita memperdengarkan bacaan surah - surah lazim.


Peserta tadarus Remaja Lelaki menerima cenderamata Kain Pelekat Songket dan Rehal manakala Kanak-Kanak menerima Kain Gajah Duduk Junior, Rehal serta Majalah Celik dan Mahir. Masing-masing menerima saguhati sebanyak Rm 50.00 bagi kehadiran cemerlang, Rm 30.00 bagi kehadiran baik dan Rm 20.00 bagi kehadiran sederhana.


Peserta tadarus perempuan menerima Tudung, Rehal, Majalah Celik dan Mahir beserta saguhati sebanyak Rm 50.00 bagi kehadiran cemerlang, Rm 30.00 bagi kehadiran baik dan Rm 20.00 bagi kehadiran sederhana.


Imam Harun diantara penerima cenderamata bagi Mantan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Darussalam Puchong disampaikan oleh Ketua Kampung.


En Aliyas diantara peserta tadarus dewasa yang menerima cenderamata Rehal besar dari Pakistan.


Nazir menyampaikan cenderamata kepada Ketua Kampung.


Pak Hussin diantara penerima cenderamata Petugas-Petugas Ramadhan berupa Kain Pelikat dan Rehal.


Anak perempuan Nazir mewakili Petugas Kaum Wanita menerima sumbangan berupa Sepasang Kain.


En Fauzi menerima cenderamata bagi Khidmat Sumbangan beliau bagi memelihara dan membekal Pokok Bunga.


Pihak Jawatakuasa Masjid Darussalam Puchong mengucapkan Terima kasih diatas sumbangan Ahli Qariah bagi program Tahlil Arwah dan Talil Khas. Terima kasih juga diucapkan kepada Restoran En Din yang sudi menaja sahur imam tarawikh Ust Munir dan En Fauzi
yang sudi memelihara & membekal Pokok Bunga.