Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Khamis, 23 Disember 2010

PROGRAM REMAJA SELAMAT : ANAK SOLEH (Bersama Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam & Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Tarikh : 1 Januari 2011
Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang.
Tempat : Masjid Darussalam Puchong

  • Bersama fasilitator dari Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam & Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
  • Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan Pelajar Tahap 2 Sekolah Rendah.
  • Yuran penyertaan Rm 10.00 sahaja.
  • Peserta akan menerima Sijil / Cenderamata.

Aturcara Program

8:00 - 8.30 pagi : Pendaftaran.
8.30 - 8.45 pagi : Taklimat & Ais Breaking.
9.00 - 10.30 pagi : Ceramah 1 : Motivasi Kecemerlangan Pelajar.
10.30 - 11.00 pagi : Minum.

11.00 - 12.00 pagi : Ceramah 2 : Remaja Selamat : Langkah & Strategi.
12.00 - 1.00 thg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1.
1.00 - 2.15 ptg : Solat & makan.

2.15 - 2. 30 ptg : Zikir Munajat.
2.30 - 4.30 ptg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2.
4.30 - 5.00 ptg : Solat Asar.

5.00 - 6.00 ptg : Rumusan, Aku Janji & Penutup.

Matlamat
Ke arah Melahirkan Anak-Anak Yang Selamat, Berjaya dan Soleh.

Objektif
Melalui program ini remaja & pelajar diharap dapat :
  • Meningkatkan motivasi kecemerlangan.
  • Mengenalpasti bahaya & cabaran masa kini.
  • Memahami amalan & sifat yang baik.
  • Memperbaiki amalan solat yang betul.
  • Mendekatkan remaja dengan masjid.
  • Mewujudkan jalinan hubungan yang sihat di kalangan remaja.

Syarat-syarat penyertaan.
  1. Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan Pelajar Tahap 2 Sekolah Rendah.
  2. Peserta perlu mendapat keizinan ibubapa / penjaga sebelum membuat pendaftaran.
  3. Bayaran penyertaan sebanyak Rm 10.00.
  4. Tarikh tutup penyertaan 29/12/2010.
Borang Pendaftaran boleh didapati disini Program Remaja Selamat.