PENYERTAAN KORBAN DIBUKA SEKARANG.
Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati. Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah
Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat. Hadis Riwayat al-Baihaqi.
Satu bahagian lembu ialah sebanyak RM 450.00
Untuk Maklumat Lanjut & Borang Penyertaan boleh mendapatkannya dari Pegawai & AJK Masjid, dipautan Borang Akad Korban 1434H atau menghubungi :
1. En Fateh Mohamed Bin Jahn Muhammad 013-3434908
2. En Abd Aziz Bin Othman 012-6412373
* Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Oktober 2013.