Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Isnin, 18 Mac 2019

CERAMAH HAJI DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS HAJI BERSIRI 2018/2019


                           بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sidang pembaca yang di kasihi Allah sekalian,






      Alhamdulillah buat kesekian kalinya, pihak masjid Darussalam telah mengadakan Majlis Ceramah Haji dan Penyampaian Sijil Kursus Haji sempena tamat kursus haji bagi sesi 2018/2019 yang berlangsung pada 16 Mac 2019 baru ini dengan kerjasama Andalusia Travel and Tours Cawangan Puchong.
       Majlis berlangsung penuh kemeriahan diserikan lagi dengan kehadiran Dato Daud Bin Che Ngah, memberi ceramah haji dan majlis bermula jam 9.00am dan tamat pada jam 2.00pm.
     Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Andalusia Travel and Tours menjadikan Masjid Darussalam sebagai masjid angkat dan sebagai pusat maklumat ibadah Haji serta masjid pilihan untuk mengadakan kursus haji di masa akan datang.
       Pihak masjid juga berterima kasih atas sumbangan 2 ekor kambing oleh penyumbang dan kepada semua ajk masjid yang terlibat.