Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Sabtu, 2 Julai 2016

GAMBAR SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Alhamdulillah pada tahun ini, hampir 85 orang ahli kariah Masjid Darussalam telah menyertai Program Tadarus Al-Quran bersempena bulan Ramadan. Tadarus tersebut diadakan selepas solat sunat terawih dan diadakan hampir setiap malam. Bagi peserta tadarus lelaki dan wanita pula, tadarus al-quran diteruskan selepas subuh dan pada waktu pagi di dewan solat.

Pecahan Peserta Tadarus adalah seperti berikut:
1) Kanak-kanak Lelaki (7-12 tahun) : 16 orang
2) Remaja Lelaki (13-20 tahun) : 26 orang
3) Kanak-kanak & Remaja Perempuan : 18 orang
4) Lelaki Dewasa : 18 orang
5) Wanita Dewasa : 9 orang

Pihak Masjid Darussalam ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana kedatangan yang cemerlang iaitu melebihi 90%. Terima kasih juga kepada para pegawai, ahli jawatankuasa dan sukarelawan masjid yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini berlangsung,

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sharif selaku Ketua Kampung. Beliau juga dengan rasminya telah melancarkan Angkatan Remaja Masjid Darussalam. 

Majlis Khatam ini diketuai oleh Imam 1 Masjid Darussalam (Imam Huraimi Hamzah). 10 orang perserta lelaki & 9 orang peserta perempuan telah mengalunkan bacaan surah dari Juz Amma

Ahli kariah sedang khusyuk memberi tumpuan kepada bacaan para peserta. Tahniah diucapkan kerana memeriahkan lagi majlis ini.

Dr Latip selaku Pengerusi Majlis sedang memberikan ucapan

Angkatan Remaja Masjid Darussalam, bakal-bakal pemimpin masa hadapan
Pemberian saguhati kepada peserta tadarus remaja lelaki

Pemberian saguhati kepada peserta tadarus remaja perempuan

Tn Hj Sharif mengatakan sesuatu kepada Imam Terawih, Muhammad Muaz

Wakil Wanita Masjid Darussalam Pn Zaini dan grupnya yang membuat hidangan bubur lambuk setiap hujung minggu

Siak Abdullah Atan 

Sesi bersalaman

Gambar Kenangan Peserta Tadarus Kanak-kanak & Remaja Perempuan bersama Nazir, Ketua Kg dan Timbalan Nazir

Segak bergaya barisan Angkatan Remaja Masjid Darussalam

Muka-muka yang ceria. Semoga Allah memberikan kebahagian kepada mereka dunia & akhirat

Gambar dari kiri: Imam 2 (Imam Azrul), Setiausaha (En Mazlan), Nazir (En Mohd Musleh), Ketua Kg (Tn Hj Sharif), Imam Terawih Jemputan (Imam Muhammad Muaz & Imam Muhammad Hazim) dan Timbalan Nazir (Dr Latip Muhammad)