Kompleks Serbaguna Masjid Darussalam terletak di bahagian hadapan masjid dan telah mula dibina pada awal bulan September 2015. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan kemudahan kepada masyarakat islam di sekitar kariah Masjid Darussalam dalam aktiviti kemasyarakatan dan pengajian agama dan Al-Quran. Antara kemudahan yang telah dan sedang disediakan adalah:
- Dewan Serbaguna
- Dapur Moden
- Tiga (3) unit Ruang Inapan Pelbagai Guna
- Bilik Pejabat Penolong Pendaftar Nikah
- Bilik Kaunseling & Muallaf Center
- Pondok Mengaji/Balai Ilmu
- Koperasi/Pusat Makanan Halal
- Stor
Gambar di atas menunjukkan bangunan yang sedia ada sebelum dirobohkan
Status pembinaan setakat hari ini (11 Oktober 2016) adalah dalam lingkungan 93%. Sebanyak RM391,085.83 telah dibelanjakan untuk pembinaan kompleks ini di mana sejumlah RM80,019.00 atau 20% diperolehi daripada sumbangan orang ramai melalui Tabung Wakaf Khas Pembangunan. Dukacita dimaklumkan progres pembinaan terpaksa ditangguh/diperlahankan walaupun hampir siap kerana dana yang tidak mencukupi.
Kebanyakan kerja yang belum siap adalah melibatkan Tingkat 2 Kompleks Serbaguna. Antara skop kerjanya adalah pemasangan 'tile', pendawaian elektrik, pemasangan siling, pintu, tandas dan tangga. Kerja yang masih belum selesai di tingkat bawah pula adalah pemasangan 'roller shutter' dapur kering, penghawa dingin Dewan Serbaguna dan rak di dalam stor dapur.
Gambar di Tingkat 2 Kompleks Serbaguna yang masih belum siap.
Baki kos yang diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan kompleks ini dianggarkan dalam lingkungan RM40-50 ribu ringgit. Diharap masih ada lagi penyumbang-penyumbang di luar sana yang boleh mewakafkan sedikit wang, bahan binaan atau lain-lain untuk menyiapkan kompleks ini. Semoga amal jariah tuan-tuan dan puan-puan menjadi bekalan di akhirat kelak.
Tidak lupa, pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo, Dato'Abdul Hamid Bin Musa dan tuan-puan para pewakaf yang pemurah yang telah membantu kami dari segi kewangan. Kepada bakal penderma/pewakaf, tuan-puan boleh menyalurkan sumbangan terus kepada Bendahari Masjid, En Mohamad Najib bin Hj Norawi (011-36532814) atau membuat online banking ke akaun Masjid Darussalam. Bank Al-Rajhi 12700 1881 1470 577.
Insha Allah dalam siri yang seterusnya, akan dipaparkan aktiviti dan pengimarahan yang telah dilaksanakan di Kompleks Serbaguna ini.