Pengumuman !

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Darussalam Puchong. #Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Darussalam Puchong boleh masukkan ke No Akaun Bank Al Rajhi 12700 1881 4705 77. Sila SMS/maklumkan kpd Tuan Nazir () diatas apa-apa sumbangan yang dibuat untuk tujuan pengurusan.

Rabu, 30 Mei 2018

MAJLIS KHATAM QURAN PERDANA (WANITA)

Pada 27 Mei 2018, Masjid Darussalam dengan kerjasama NGO Jalinan Kasih Wanita Puchong telah mengadakan Program Khatam Quran yang dihadiri oleh jemaah wanita masjid-masjid sekitar Puchong. Lebih daripada 150 peserta yang hadir pada hari tersebut.

Antara program yang telah dijalankan adalah Solat Sunat Tasbih yang dipimpin oleh Ustazah Shahidatul Akma Mohd Shaari, Khatam Quran, Tazkirah Ramadan oleh Ustazah Noor Zarina Mohd Azhar dan Ceramah Khas oleh Ustazah Siti Zawiah Hassan. Majlis dimulakan tepat pada jam 8:30 pagi dan berakhir sebelum solat Zohor.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Wanita, Pn Zaini Alias, Pn Norfaizah Mohd Salim, sukarelawan dan NGO Jalinan Kasih yang berjaya melaksanakan majlis dengan cemerlang.

 Tn Nazir memberikan kata-kata aluan

 Khatam Quran sedang berlangsung



 Jemaah wanita sedang khusyuk mendengar penerangan dari Pengerusi NGO Jalinan Kasih
 Petugas kaunter pendaftaran mengambil gambar kenang-kenangan 



Tazkirah Ramadan

Cenderahati untuk para peserta

 Bunga telur

Ahad, 13 Mei 2018

BENGKEL CEMERLANG PUASA

Sempena bulan Ramadan yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi, Biro Pendidikan dan Dakwah Masjid Darussalam telah mengadakan Bengkel Cemerlang Puasa untuk anak-anak ahli kariah. Bertempat di ruang utama Dewan Solat Masjid Darussalam, bengkel tersebut yang diketuai oleh Imam Azrul dimulakan pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari. Seramai 25 orang peserta kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan menghadiri bengkel tersebut.

Antara perkara yang dilaksanakan sepanjang bengkel adalah mengulangkaji niat puasa, rukun puasa, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat dan makruh semasa berpuasa dan sesi soal jawab. Para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan perlu berbincang sesama sendiri tajuk puasa yang dibahagi secara rawak. Untuk menghangatkan lagi bengkel yang dijalankan, peserta diberi hadiah jika dapat menjawab dengan betul soalan-soalan yang ditanya oleh Tuan Imam.



Setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk puasa






Menjamu selera menggunakan talam sebelum bersurai

MIMBAR BARU

Sebelum ini sudah beberapa kali diusulkan untuk menggantikan mimbar lama di dalam mesyuarat agung tahunan, walau bagaimanapun pihak pengurusan masjid terpaksa menangguhkan pembelian mimbar baru kerana perbelanjaan yang banyak diperlukan untuk menyiapkan Kompleks Serbaguna.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Tn Hj Ikhsan telah sudi mewakafkan satu set mimbar kayu jati yang diimport khas dari Jepara, Jawa Tengah untuk menggantikan mimbar lama yang telah digunakan sejak tahun 2002. Terima kasih juga kepada ahli jemaah yang bergotong -royong membantu mengalihkan mimbar lama yang agak berat. Kerjasama tuan-tuan amatlah dihargai.

Ahli jemaah masjid yang sudi meluangkan masa bergotong-royong

Tn Nazir merasmikan mimbar baru.

Apalah yang dikatakan oleh Timbalan Nazir kepada Tn Hj Ikhsan :)

Dari kiri: Tn Nazir, Tn Hj Ikhsan Kayat, Tn Hj Abdul Rahman (mantan imam)




Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Jika manusia mati maka terputuslah amalnya, kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang mendoakannya’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga amal jariah tuan-tuan sekalian diterima oleh Allah SWT.

Sabtu, 12 Mei 2018

KENDURI AMBANG RAMADAN 1439H

Saban tahun, Masjid Darussalam telah mengadakan Kenduri Jamuan Ambang Ramadan sebelum ibadah puasa bermula. Kenduri tersebut diadakan pada hari Sabtu, 12 Mei selepas Isyak dengan dihadiri lebih daripada 300 orang ahli kariah beserta keluarga masing-masing.

Antara tujuan kenduri ini diadakan adalah supaya ahli kariah dapat bersama-sama bertahlil untuk waris keluarga masing-masing yang telah meninggal dunia di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Selain dari tahlil perdana, pihak masjid juga telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Azhar Tuarno, mantan Imam 1 Masjid Negara untuk memberikan tazkirah berkenaan persiapan menghadapi ibadah puasa.

Ahli kariah dialu-alukan untuk menghantar kuih-muih atau makanan untuk kenduri tersebut. Pihak masjid sendiri dengan kerjasama ahli jawatankuasa dan kaum muslimat telah bergotong royong menyediakan pelbagai lauk-pauk untuk dinikmati oleh para tetamu. Antara lauk-pauk yang disediakan adalah kari kambing, ayam goreng berempah, salad dan buat tembikai. Pihak masjid juga mengambil inisiatif dengan menjemput tukang tebar roti canai dan gerai aiskrim sebagai daya penarik tetamu yang hadir. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.

Dari kiri, Hj Abdul Rahman, Dr Latip, Tn Nazir Musleh, Ustaz Azhar, Dato' Hj Sharif, Imam Huraimi

Pandangan dari luar masjid

Para jemaah lelaki sedang menjamu selera

Pemandangan di Kafe Darul Hikmah


Sebahagian daripada tetamu wanita bersama keluarga masing-masing

Gerai roti canai. Ditebar panas2 untuk tetamu yang hadir

Jumaat, 11 Mei 2018

PEMBINAAN LALUAN/TANGGA BARU KE MASJID

Biro Pembangunan yang diketuai oleh Tuan Nazir telah mencadangkan pembinaan laluan baru di bahagian hadapan masjid melalui Lorong 3C Rumah Murah PKNS


Sebelum ini ada 3 pintu laluan ke Masjid Darussalam iaitu:
1. Laluan 1: Daripada Jalan Cempaka Kg Pasir Baharu yang merupakan pintu utama
2. Laluan 2: Daripada Lorong 3A Rumah Murah PKNS. Pintu masuk untuk jemaah dari Rumah PKNS
3. Laluan 3: Daripada Jalan Cempaka. Pintu laluan untuk van jenazah dan parkir penceramah

Pintu Laluan No 4 dicadangkan untuk kemudahan jemaah dari Gerai Jalan Puchong, Maahad Tahfiz dan laluan semasa diadakan majlis korban. Pembinaan tangga dan laluan simen mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan pada 9 Mei 2018.

Tangga masuk sedang dibina

Pandangan hadapan


Laluan disimen daripada tangga hingga ke parkir van jenazah


Tangga masuk yang telah siap