Saban tahun, Masjid Darussalam telah mengadakan Kenduri Jamuan Ambang Ramadan sebelum ibadah puasa bermula. Kenduri tersebut diadakan pada hari Sabtu, 12 Mei selepas Isyak dengan dihadiri lebih daripada 300 orang ahli kariah beserta keluarga masing-masing.
Antara tujuan kenduri ini diadakan adalah supaya ahli kariah dapat bersama-sama bertahlil untuk waris keluarga masing-masing yang telah meninggal dunia di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Selain dari tahlil perdana, pihak masjid juga telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Azhar Tuarno, mantan Imam 1 Masjid Negara untuk memberikan tazkirah berkenaan persiapan menghadapi ibadah puasa.
Ahli kariah dialu-alukan untuk menghantar kuih-muih atau makanan untuk kenduri tersebut. Pihak masjid sendiri dengan kerjasama ahli jawatankuasa dan kaum muslimat telah bergotong royong menyediakan pelbagai lauk-pauk untuk dinikmati oleh para tetamu. Antara lauk-pauk yang disediakan adalah kari kambing, ayam goreng berempah, salad dan buat tembikai. Pihak masjid juga mengambil inisiatif dengan menjemput tukang tebar roti canai dan gerai aiskrim sebagai daya penarik tetamu yang hadir. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.
Dari kiri, Hj Abdul Rahman, Dr Latip, Tn Nazir Musleh, Ustaz Azhar, Dato' Hj Sharif, Imam Huraimi
Pandangan dari luar masjid
Para jemaah lelaki sedang menjamu selera
Pemandangan di Kafe Darul Hikmah
Sebahagian daripada tetamu wanita bersama keluarga masing-masing
Gerai roti canai. Ditebar panas2 untuk tetamu yang hadir