Sebelum ini sudah beberapa kali diusulkan untuk menggantikan mimbar lama di dalam mesyuarat agung tahunan, walau bagaimanapun pihak pengurusan masjid terpaksa menangguhkan pembelian mimbar baru kerana perbelanjaan yang banyak diperlukan untuk menyiapkan Kompleks Serbaguna.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Tn Hj Ikhsan telah sudi mewakafkan satu set mimbar kayu jati yang diimport khas dari Jepara, Jawa Tengah untuk menggantikan mimbar lama yang telah digunakan sejak tahun 2002. Terima kasih juga kepada ahli jemaah yang bergotong -royong membantu mengalihkan mimbar lama yang agak berat. Kerjasama tuan-tuan amatlah dihargai.
Ahli jemaah masjid yang sudi meluangkan masa bergotong-royong
Tn Nazir merasmikan mimbar baru.
Apalah yang dikatakan oleh Timbalan Nazir kepada Tn Hj Ikhsan :)
Dari kiri: Tn Nazir, Tn Hj Ikhsan Kayat, Tn Hj Abdul Rahman (mantan imam)
Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Jika manusia mati maka terputuslah amalnya, kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang mendoakannya’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga amal jariah tuan-tuan sekalian diterima oleh Allah SWT.